Isnin, 31 Mac 2014

Musuh hanya Di Padang

Assalamualaikum dan hello... :)
Dah lama kan blog ni x berupdate, sori la.. suma sibuk dgn kerjaya masing2..hehe


ok.. aku sbnarnya agak tertarik dgn satu kejadian malam semalam yg x disangka2 akan berlaku..kenal Jaba Kankava? tobat tak kenai aih,haha. dia ni pemain Dynamo Kiev dan Georgia. pelawanan liga Ukraine semalam yang melibatkan pertemuan antara Dnipro Dnipropetrovsk menentang Dynamo Kiev telah menggamamkan seketika penonton di stadium tersebut. Pemain Dynamo Kiev, Jaba Kankava ni telah berusaha untuk menyelamatkan pemain Dnipro Dnipropetrovsk, Gusev setelah beliau mengalami kecederaan serius sehingga tidak sedarkan diri. bersungguh-sungguh aku tengok dia cuba untuk selamatkan pemain tu walaupun pemain dari pasukan lawan.nah tengok ni..




sebenarnya banyak lg kejadian2 mcam ni yang berlaku.. ingat, bolasepak bukan untuk memecahbelahkan, tetapi untuk menyatukan antara satu sama lain.musuh hanya ketika bermain.football is unite.respect to each other. :)





Rabu, 26 Mac 2014

MOYES YAKIN JUARAI EPL TAHUN MUSIM INI!

Assalammualaikum dan hai :)

Bayern Munich kini sudah sah menjadi Raja di Liga mereka. Tapi bagaimana pula dengan nasib-nasib kelab di Liga Perdana Inggeris? Adakah Kelantan The Rek Woryo mampu menggunakan Wan Zack sebaik mungkin?


Menurut data-data yang telah kami kumpulkan berikut merupakan ramalan siapakah yang akan menjuarai gelaran Raja Liga Perdana Inggeris nanti:

FAKTA KEJUARAAN EPL MUSIM INI:

❒ MAN CITY akan menjadi juara jika mereka menang baki 10 perlawanan terakhir

❒ CHELSEA akan menjadi juara jika mereka menang kesemua baki 7 perlawanan dan mengharapkan Man city kalah sekali dan seri sekali (Faktor Jaringan )

❒ LIVERPOOL akan menjadi juara jika mereka menang ke semua baki 8 perlawanan termasuk Man City dan mengharapkan Man City seri sekali

❒ ARSENAL akan menjadi juara jika mereka menang kesemua baki 8 perlawanan termasuk menang ke atas Man city selain mengharapkan City kalah 2 kali , Lfc kalah sekali dan seri sekali & Chelsea kalah 2 kali

❒ MAN UTD akan menjadi JUARA sekiranya 6 pasukan di atas mereka dibatalkan penyertaan.

Maka, makin bertambahlah semangat Moyes untuk mengemudi skuad bimbingannya!

Jumaat, 21 Mac 2014

Undian suku akhir Uefa Champions League

Assalamualaikum dan salam satu kangkung ,

Post kali ni saya akan menyenaraikan undian2 suku akhir Uefa Champions League yang baru saja selesai berlaku pada maghrib waktu Malaysia tadi . Saya juga akan menyenaraikan pemain harapan bagi setiap pasukan dan kedudukan liga bagi setiap pasukan tersebut .

Pasukan-pasukan yang berentap suku akhir : Atletico Madrid ,  Barcelona , Bayern Munich , Borussia Dortmund , Chelsea , Manchester United , Paris St-Germain dan Real Madrid

Keputusan undian :

1) Barcelona menentang Atletico Madrid
   
     Pemain harapan : Barcelona : Lionel Messi , Neymar , Jordi Alba
                                Atletico Madrid  : Diego Costa , Arda Turan , Koke

     Kedudukan liga : Barcelona ( Num 3 Liga Sepanyol )
                                Atletico Madrid ( Num 2 Liga Sepanyol )





2) Real Madrid menentang Borussia Dortmund

    Pemain harapan : Real Madrid : Cristiano Ronaldo , Gareth Bale , Karim Benzema
                               Borussia Dortmund : Robert Lewandowski , Marco Reus , Matts Hummels

    Kedudukan liga : Real Madrid ( Num 1 Liga Sepanyol )
                               Borussia Dortmund ( Num 2 Liga Jerman )



3) Paris St-Germain menentang Chelsea

    Pemain harapan : PSG : Zlatan Ibrahimovich , Edinson Cavani , Thiago Silva
                               Chelsea : Eden Hazard , John Terry , Willian

    Kedudukan liga : PSG ( Num 1 Liga Perancis )
                               Chelsea ( Num 1 Liga England )



4) Manchester United menentang Bayern Munich

     Pemain harapan : Manchester United : Robin Van Persie , Wayne Rooney , Michael Carrick
                                Bayern Munich : Arjen Robben , Franck Ribery , Mario Mandzukic

     Kedudukan liga : Manchester United ( Num 7 Liga England )
                                Bayern Munich ( Num 1 Liga Jerman )



Mengikut undian ni , dapat merumuskan Atletico Madrid , Borussia Dortmund , Chelsea dan Manchester United akan menghadapi kesukaran berdepan dengan kelab2 yang kuat . Namun , Bola itu Bulat . Keajaiban pasti akan berlaku . Di bawah ni dapat la merumuskan reaksi dan perasaan yg dihadapi sama ada pengurus pasukan , pemain mahupun penyokong pasukan ketika ini . Sekian









Selasa, 18 Mac 2014

Pakar Pecah Rekod

Assalamualaikum dan salam 3-0..hehe

ok, kali ni aku malas nak post pasal m.u dah.. kita lupakan m.u seketika.. ni aku nak habaq kat hampa semua.. kenai Lionel Messi? bohong la kalau hat tengok blog ni x kenai dia kan?haha
kita semua sedia maklum beliau merupakan pemain terbaik dunia ketika ini.. masa game yg terbaru Barcelona minggu lps beliau telah meledak hatrik! yakni hatrik pertamanya dalam tahun 2014! hatrik tersebut telah menjadikan beliau penjaring terbanyak Barcelona sepanjang zaman! 371 goals in 453 games! wow! inilah rekod terbaru yg beliau pecahkan.. hebat sungguh makhluk ni kan..haha #respect
perbandingan Lionel Messi dengan penjaring terbanyak sebelum ni, Paulino Alcantara
namun, jangan dilupakan insan yg satu lagi ni, beliau juga merupakan record breaker yg agak berjaya sekarang, haha
hampa tau dak sapa dia ni? buat x kenai plk.. sapa lg kalau bukan David Moyes pengurus m.u tu..haha
banyak dah rekod m.u dia dah pecahkan setakat ni..
rekod2 yang dipecahkan oleh david Moyes di m.u setakat ini
dan yang terbaru......... 
ketika game m.u vs liverpool
beliau juga telah menjadi pengurus yg paling disayangi dan disanjungi oleh kelab2 lain, buktinya....
banner yang ditulis oleh penyokong liverpool
haha..beruntunglah kelab yg dibimbing oleh beliau itu... :D
setakad ini sahaja entri untuk kali ini, chiaw... :)

p/s : ingat xmaw troll pasal moyes kali ni tp apakan daya..haha

Isnin, 17 Mac 2014

MU Pakar Penalti

Assalammualaikum dan hai :)

Semalam Gerrard cium kamera. Almaklumlah dapat skor dua penalti. Hahaha aku syak MU tahun ini memang pakar bab bagi penalti. Aku rasa De Gea dah boleh keluar MU kut bagi Apek jelah main kat MU hahaha harapan... Tapi kalau De Gea keluar aku syorkan tolong main untuk pasukan Melaka United. MU juga tu! Jangan kutuk Melaka United sebab hari itu dia belasah MISC-MIFA 5 - 2!

Jadi apa tunggu lagi?

Luaskan Penaltimu.

Jumaat, 14 Mac 2014

Moyes Tactical

Assalammualaikum dan hai :)

Hahahaha. Jaga-jaga pasukan lain. Rooney dah mula main. Begitu juga RVP.
Tapi kalau Mo Yes Or No tak reti guna tak guna juga.

Bomoh dan bola sepak

Assalamualaikum dan salam satu kangkung :)

Sejak akhir2 ni , kecoh satu Malaysia apabila ada seorang bomoh ni menggunakan ritual pelik untuk mencari Kapal Terbang MH370 yang masih lagi hilang . Disebabkan itu , pelbagai parodi gambar yang dilakukan oleh rakyat2 Malaysia . Di bawah saya akan bagi beberapa gambar yg mampu menggelikan ketiak

                                                                            Sayur2
                                                Sedang tengok apa tu Dato' Seri Najib ?


Dalam bola sepak juga , parodi bomoh ni pon nampaknya semakin hangat

                              Pemain PDRM sedang melakukan latihan santai dan agak sinis di situ
                                            Sejak bila bomoh ni masuk sebagai pemain Chelsea ?

Walau bagaimanapun , marilah kita semua berdoa agar bomoh ni kembali kepada ke pangkal jalan dan moga2 Kapal terbang MH370 dapat dijumpai . Sekian , terima kasih :D

Isnin, 3 Mac 2014

Khayalan FAM

FAM bercadang untuk menghalang Ultras Malaya daripada memasuki stadium . Perkara ini sebenarnya hanyalah sebuah khayalan . Macam mana FAM boleh tahu sama ada orang yang memasuki stadium itu bukan Ultras ? Fikir logik sikit .

Tetapi , jikalau betul lah Ultras Malaya dibanned , maka Stadium Nasional Bukit Jalil hanya akan menjadi tempat cumbuan kapel2 . Senyap umpama tengok wayang . Nak mengharapkan Ultras Kuaci ? Ultras Burger ? Fikir logik sikit wahai FAM .

In Ultras Malaya , we trust . Walaupon mereka melakukan pelbagai vandalisme , namun semangat cintakan bolasepak Malaysia sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada kita semua .

P/S : gamba dibawah ini hanyalah sekadar selingan yang berlaku di Stadium Selayang kelmarin . Di sini dapatlah kita merumuskan ULTRASman sedang bangkit melawan FAMonster :D